Wednesday, March 23, 2011

DUTA LITTLE INDIA 2011. HADIAH LUMAYAN SEHINGGA RM500,000 DITAWARKAN UNTUK DIMENANGI.

JALAN-JALAN CARI DUTA “LITTLE INDIA 2011”
The magnificent glass fountain at the Little India, Brickfields, KL.

Buat pertama kalinya, pertandingan duta Brickfields persis pertandingan ratu cantik yang dinamakan “Ambassador of Little India 2011” akan dianjurkan oleh Jo’ish Concepts dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) akan bermula dari 13hb Jun hingga 2 Julai tahun ini. Objektif utama pertandingan ini untuk realisasikan konsep muhibbah 1Malaysia dengan mempromosikan Brickfields sebagai hub industri pelancongan, kebudayaan, pengangkutan, dan perniagaan di Malaysia khususnya di Lembah Klang.

Bagi merealisasikan impian ini, kami mempelawa semua warga Malaysia dari pelbagai bangsa yang mempunyai perwatakan yang menarik, berketrampilan yang dinamik dan berbakat untuk dinobatkan sebagai Duta Little India 2011. Sejumlah RM183,000 hadiah wang tunai termasuk 1 tahun kontrak, penajaan produk-produk kecantikan, pakej percutian yang bernilai sehingga RM500,000 untuk dimenangi.

Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada lelaki dan perempuan yang usia 18 hingga 30 tahun. Mereka yang berminat untuk sesi ujibakat, dijemput hadir di Kelab Sukan DBKL Brickfields bermula dari 13 hingga 18 Jun. Kemudiannya, peserta-peserta yang terpilih akan menjalani peringkat saringan dari 18 hingga 21 Jun, separuh akhir pada 25 Jun dan peringkat akhir akan berlangsung di Grand Ballroom, One World Hotel pada 2 Julai.

Keterangan lanjut dan borang penyertaan boleh di dapati melalui:
1.    Jo’ish Concepts, 12-3 Jalan PJU8/5E, Perdana Business Centre, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
2.    Akhbar Tamil Nesan
3.    KLSICCI, No. 59-2B, Jalan Thambipillai, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur. Tel:+603-22723435

Duta Little India 2011 yang berjaya akan menjadi ikon Malaysia dalam mempromosikan Brickfields Little India sepanjang tempoh satu tahun menerusi acara-acara kebajikan dan sosial, peragaan produk termasuk promosi pemasaran perniagaan kecil dan sederhana dari masa ke semasa. Secara tidak langsung, menjadi duta kecil kepada masyarakat untuk mengekalkan konsep muhibbah dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan di Malaysia.


The famous main street of Little India, Brickfields, KL.

Untuk permulaan, Tamil Nesan merupakan akhbar rasmi bahasa Tamil yang telah memberi kerjasama yang padu untuk membuat liputan bagi keseluruhan pertandingan ini. Keunikan pertandingan ini telah menarik minat Celebrity Fitness dan Totalife untuk sama-sama menyokong usaha kerajaan dalam mendokong konsep 1Malaysia ini. Kami amat mengalu-alukan sokongan dari badan-badan korporat dan kerajaan mahupun agensi-agensi perniagaan yang lain, untuk menjayakan pertandingan yang berprestij ini sebagai penaja rasmi. Kami menawarkan pakej-pakej penajaan yang menarik termasuk tempahan meja majlis makan malam pada peringkat akhir pertandingan ini kelak.

Dari perspektif ekonomi, konsep seumpama ini akan menarik lebih ramai pengunjung tempatan mahupun luar negara dan sekaligus menjana ekonomi sektor-sektor perniagaan yang tumbuh bagai cendawan di sekitar Brickfields. Selari dengan matlamat Negara untuk menggalakkan usahawan-usahawan kecil, Brickfields akan muncul menjadi tumpuan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan khususnya.

Pertandingan Duta Brickfields “Little India 2011” yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia, telah diilhamkan oleh Jo’ish Concepts menerusi majlis pelancaran “Little India” oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dihadiri bersama Dr. Manmohan Singh, Perdana Menteri India pada 27hb Oktober tahun lepas.
____________________________________________________________________________Jo’ish Concepts, 12-3 Jalan PJU8/5E, Perdana Business Centre, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: +603-7727 3858/Fax: +603-77279858/Email:jo.ishconcepts@gmail.com



Rule and Regulations (as available on http://www.ambassadorsoflittleindia.com/rule_and_regulations.html)

Events
1. Applicants must be between 18yrs to 30yrs of age.
2. Applicants will be required to sign a Contestant Contract with the Organizers.
3. The winners of this pageant will sign a Contract to be fulfilled within a one-year period representing Little India, Brickfields.
4. Applicants must attend all interviews, grooming and training sessions, rehearsals, event proper and related publicity and promotional activities as and when required by the Organizers.
5. If selected, applicants must not withdraw at any stage of the pageant. Exceptions may be granted only if applicants produce valid reasons for the request of withdrawal.
6. All applicants give consent that the Organizers:-
* May use their personal information in any promotional, marketing, sponsor searching and other activities related to the pageant.
* May use their personal information when producing and exhibiting the programmes of the pageant.
7. Under special circumstances, the organizer is entitled to waive or relax any rules for qualifications.
8. The organizer reserves the right to amend and or cancel any the regulations as and when it deems necessary to do so. The Organizer also have the right to disqualify any applicant from participating at any stage of the contest if he or she breaches any of the regulations and or any of the term and conditions of the Contestants Contract.
Eligibility:
1. Contestants must be between 18yrs to 30yrs of age.
2. This competition is open to all Malaysians.
3. Height of 5ft and above. (150cm and above)
4. Contestant must be single, never have been married or had a marriage annulled.
5. Minimum of high school diploma or equivalent, or currently attending high school.
6. No criminal record.
7. Application fee: RM150.00 (non-refundable)


*Payable mode: Cash, Cheque or Money Order.

Entry Procedure:
1. Each Application Form must be accompanied by Two (2) coloured 3R Photographs consisting of half body and full body (non-returnable) (with the applicant's name written on the back);
and application of fee RM150.00 made payable to
 "Jo'ish Concepts".

*Note:- Cash payment must be made directly to the Organizer's Office. Do not send cash via the post.

2. 
Application forms must be completed and returned by post or personal delivery to the following address:
Jo'ish Concepts12-3, Jalan PJU 8/5E,
Perdana Business Centre,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor.

No comments:

Post a Comment