Tuesday, January 11, 2011

Nadia Pedersen. Wanita Melayu Pertama Memenangi Ratu Cantik Denmark 2010.


Nadia Pedersen, mungkin nama ini tidak pernah langsung kedengaran di Malaysia. Beliau adalah rakyat Denmark berketurunan Melayu pertama berjaya memenangi tempat kedua gelaran Ratu Cantik Denmark 2010 di satu pertandingan Miss Model of Denmark 2010. 

Nadia (no.16) bersama empat pemenang teratas Miss Model of Denmark 2010.

Nadia (no.16) bersama peserta lain di pertandingan Miss Model of Denmark 2010.

Selepas berjaya memenangi pertandingan ini, beliau telah dihantar oleh penganjur mewakili Denmark ke pertandingan Miss International 2010 in Chengdu, China sepanjang pertengahan Oktober dan berakhir pada 7 November 2010. 

Nadia bersama bapa dan ibu beliau.

Serba sedikit mengenai latar belakang keluarga Nadia. Ibu beliau Bibi Abd. Jalil berasal dari selatan tanahair. Cik Bibi yang kini berkerja di Denmark sebelum ini pernah berkhidmat dengan Shangri-La hotel di awal 1980an. Selepas berkahwin dengan rakyat Denmark, beliau sekeluarga berhijrah ke negara Skandinavia itu meneruskan hidup di sana sehingga kini. 

Nadia juga pernah bersekolah selama lebih kurang setahun di Kuala Lumpur semasa beliau berusia tujuh tahun tetapi masalah teknikal kerakyatan menyebabkan beliau terpaksa pulang ke Denmark menyusul bapa beliau yang telah pun berpindah ke sana lebih awal. 

Nadia berbaju hijau, berdiri, kedua dari kanan.

Fakta menarik mengenai penyertaan beliau dalam pertandingan Ratu Cantik Denmark. Beliau didekati oleh  ejen pertandingan semasa sedang membeli belah di sebuah pasaraya. Oleh kerana pada masa yang sama beliau adalah seorang pemain bolasepak di sebuah kelab tempatan yang amat terkenal, telah memikirkan semasak-masaknya untuk memasuki alam glamor yang seamat berlainan daripada apa yang beliau ceburi selama ini.

dari kiri: Chantelle Chuah (ratu Malaysia), keluarga dari Malaysia, Nadia dan Cik Bibi (berbaju hijau). Gambar ini diambil semasa latihan akhir Miss International 2010 di Chengdu, China.

Beliau amat bertuah kerana selama bertanding di Chengdu di pertandingan Miss International 2010, beliau ditemani ibu beliau Cik Bibi serta keluarga terdekat dari Malaysia. Dalam pertandingan tersebut, beliau juga amat rapat dengan ratu cantik Malaysia Chantelle Chuah. 

Nadia dan Chantelle di jamuan meraikan kehadiran peserta Miss International 2010 ke Chengdu, China. Gaun petang beliau untuk pertandingan Miss International 2010 ditaja oleh Camilla Damgaard Jensen manakala gaun Chantelle pula ditaja sepenuhnya oleh butik Jason Yek.


Saya sempat bergambar bersama Cik Bibi selepas pertandingan berakhir. Saya menemui beliau di Tennis Court Hotel Chengdu sebelum bermulanya Miss International 2010 Coronation Party. Cik Bibi yang amat ramah ini menceritakan bahawa Nadia ini lebih dikenali sebagai "anak bapak" iaitu amat rapat dengan bapa beliau.

Menurut Cik Bibi, mereka sekeluarga bakal berkunjung ke Malaysia untuk menemui sanak saudara di sini pada bulan Julai 2011. Nadia menurut Cik Bibi juga amat rapat serta amat menyayangi keluarga beliau di Malaysia. Nadia juga amat berharap dapat bertemu Juliana Evans (pelakon dan model terkenal) yang juga teman rapat beliau sejak dari kecil. Saya berharap dapat bertemu lagi dengan keluarga Cik Bibi yang amat ramah tamah ini pada pertengahan tahun 2011.

Fakta ringkas mengenai Nadia Pedersen:
Nadia memiliki kecantikan iras ratu cantik terhebat Venezuela.

Nama: Nadia Pedersen.
Umur: 20 tahun.
Tinggi: 174cm.
Hobi: Bersukan.
Pendidikan: Sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Alborg, Denmark, bidang kesukanan.

No comments:

Post a Comment